Gambar satu lembaga dipercayai hantu askar (dalam bulatan) dirakamkan di sebuah tugu monumen perang di Northam, England pada hujung tahun lalu. - Foto Kennedy News and Media


DEVON –  Dua sahabat melihat satu lembaga lutsinar menyerupai seorang askar sedang duduk di atas sebuah kerusi berhampiran monumen perang di Northam, North Devon, England, lapor portal berita TDPel Media semalam. 

Ketika kejadian pada 28 Disember tahun lalu, Josh Newton dan George Moore yang masing-masing berusia 21 tahun, sedang melalui kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta.

Ketika Newton mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar tugu peringatan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, dia melihat apa yang kelihatan seperti ‘figura berkabus’ seorang lelaki yang sedang duduk di atas bangku.


Dia terkejut melihat lembaga tersebut tetapi tetap merakamkannya.

Tulisan pada Memorial Perang Northam itu mengandungi nama-nama askar yang terbunuh  semasa perang tersebut.

‘Ia kelihatan seperti susuk berkabus. Pastinya, ia seorang lelaki, mungkin hantu seorang askar,” kata Newton.

Sejurus selepas melihatnya, kereta yang dinaiki kedua-dua rakan berpatah balik ke tempat kejadian yang menyeramkan itu namun bangku itu kosong dan hantu itu telah hilang. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Google

Post a Comment

Previous Post Next Post